Thursday 20 December 2012

Pulang Ke Malaysia


Pulang ke Malaysia pada 18/12/2012(Selasa)  menaiki pesawat Air Asia. Berlepas pukul 11.40 pagi waktu Indonesia.





Perjalanan Berastagi-Medan



Perjalanan Berastagi Medan mengambil masa kira-kira 2 jam. Pemandangan  sepanjang perjalanan dirakam dalam video ini.

Berastagi



Berastagi (Original)


Berastagi (muzik latar)

Berastagi bermaksud minta beras. Sebuah kota yang terletak di  antara Perapat dengan Medan. Penduduknya berjumlah 440,000 orang. Lebih 50  peratus penduduknya beragama Kristian. Kebanyakan terdiri daripada orang Batak. Jarak dari Parapat lebih kurang 120 km dengan mengambil perjalanan 4 jam.


Perjalanan dari Medan ke Parapat





Perjalanan dari Medan ke Parapat mengambil masa 5 jam perjalanan. Jauhnya dari Medan ke Parapat ialah 150 km. Singgah di Bandar Siantar untuk makan tengahari. Solat di surau yang disediakan. Di bandar ini mesji amatlah kurang. Gereja kelihatan di sana sini.

Bot di Danau Toba


Perjalanan menaiki bot  di Danau Toba menujuk ke Kg Amberita di Pulau Samosir. Peniaga sempat mempromosikan barang jualannya kepada para pelancong. Belilah cermin mata....murah.....murah

Lagu Batak

Dua orang kanak-kanak menyanyikan lagu batak dan lagu melayu. Sebagai penghibur jalanan dan mereka meminta dibayar atas atas lagu yang dinyanyikan. Terpulang kepada peelancong untuk memberi habuan kepadanya. Jumlah habuan juga tidak ditetapkan.




Danau Toba

Danau Toba (Tasik Toba) merupakan tasik yang terbesar di Indonesia. Mempunyai  kelebaran 35 km dan panjang 99 Km. Terdapat pelbagai pulau . Pulau yang terbesar ialah Pulau Samosir. Bandar yang terhampir dengan Fanau Toba ialah Bandar Parapat, Indonesia.  Dipingir tasik  dikelilingi hotel-totel termasuk Hotel Siantar. Hotal-hotel lain pula ialah di Kg Tuktuk.




Amberita-Tomok



 Perjalanan dari Kg. Amberita ke Kg. Tomok digambarkan melalui video ini. Pemandangan yang indah dan menakjubkan kepada para pelancong. Terdapat pelbagai jenis bot yang datang ke lokasi berkenaan. Video ini dirakamkan pada 16/12/2012 jam 11.00 pagi waktu Indonesia. Cuaca ketika rakaman dibuat adalah cerah  dan tiada hujan yang turun.




Kubur Dalam Batu

Kubur dalam batu ini adalah perkuburan raja  Batak. Terletak di Kampung Tomok, Pulau Samosir, Danau Toba, Indonesia.  Kubur ini amat agung bagi orang-orang Batak di Kg. Tomok.Pengunjung dikehendaki memakai selempang sebagai tanda menghormati  tanah perkuburan ini. Pelbagai pelancong sama ada pelancong tempatan mahu pun luar negara  datang berkunjung  ke sini. Tidak jauh sari tanah perkuburan, terdapat kedai menjual barang-barang  cenderahati.





Air Terjun Si Piso Piso



Air Terjun Si Piso-Piso  adalah lokasi yang sentiasa dikunjungi pelancong. Tempat di persekitaran ini nyaman. Sekelilingnya terdapat gerai menjual makanan halal.