Wednesday, 19 December 2012

Perjalanan ke Berastagi

Kami makan tengahari di rumah makan Murni Islam di Parapat. Hidangan di sini adalah berbentuk Restoran Nasi Padang. Pelbagai lauk pauk disediakan bagi kumpulan kami seramai 12 orang. Kami berada di sini lebih kurang 40 minit. Oleh kerana waktu zohor telah tiba, kami menunaikan solat  jamak di Masjid Taqwa Parapat sayu-satunya masjid yang terdapat di Parapat. Kami dapati ramai pelancong yang  bersolat di sinio.

Perjalanan kami diteruskan menaiki bas Pariwisata ke Berastagi. Kami difahamkan Berastagi adalah mempunyai ketinggian 1300 meter dari aras lait. Perjalanan kami   melalui pelbagai kampung Kami singgah sebentar di Simarjarujung Restoran . Kami sampai di sini tepat pukul 3.00 petang. Kami minum kopi dan menikmati goreng pisang. Untuk makan seramai 12 orang, kos yang kami kena bayar sebanyak Rp193,000.00. Di luar restoran ini disediakan tempat untuk berniaga seperti menjual durian dan barangan cendermata.

Label pengenalan Simarjarujung
Kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun si PISU PISU. Perkampungan orang batak terdapat di kiri kanan sepanjang perjalanan. Keadaan perkaumah yang didiami oleh  kaum Batak ini.  Apa yang menarik  tanah perkuburan keluarga  adalah di tanah masing-masing. Jangan pelik, jika  anda  lihat rumah kubur lebih cantik , menarik berbanding dengan rumah yang didiami oleh  kaum Batak ini. Semakin besar rumah kubur ini menadakan kaum keluarga  amat menghormati  si mati. Sepanjang perjalanan ada sahaja rumah perkuburan di merata tempat mengikut tanah kepunyaan masing-masing

Barangan cenderahati

Perjalanan diteruskan. Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Kami sampai di Air Terjun Si Pisu-Pisu pukul 5.30 petang. Keadaan cuaca di sini agak gelap dan hujan mulai turun. Walaubagaimana pun kami tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan di persekitaran Air Terjun Si Pisu-Pisu. Tempat ini adalah menjadi tumpuan para wisata sama ada local atau dari luar negara seperti Malaysia, Holand dan Eropah. Air Terjun Si Pisu-Pisu terletak di kaki gunung Si Pisu-Pisu.

Gunung Si Pisu-Pisu

Kami difahamkan air terjun ini keadaannya adalah sama sahaja sama ada waktu kemarau atau pun waktu hujan. Kelihatan amat menarik.

Air Terjun SiPisu-Pisu


Mengambil gambar  di kawasan Air Terjun Si Pisu-Pisu


Bergambar berlatarbelakanr kawasan Si Pisu-Pisu

Kami berada di sini selama 40 minit. Sempat kami merehatkan diri walaupun keadaan cuaca  ketika ini hujan renyairenyai. Walaupin hujan, kami tetap puas hati menikmati udara di sini. ketinggian di kawasan ini lebih kurang 1,200 meter dari aras laut.

Pemandangan indah di  Persekitaran Si Pisu-Pisu

Perjalanan kami diteruskan lagi. Untuk sampai ke Berastagi, kami perlu melalui perkampungan  iaitu Pekan Spg Mereek. Dari sini lebioh kurang 1 1/2 jam lagi untuk sampai ke Berastagi. Seterusnya kami melalui Pekan Tiga Panah. Pekan oini didominasi suku kaum Batak yang beragama Kristian. Batak Toba masih menguasai perkampungan ini

Di pekan Tiga Panah inilah kami dikejutkan Restoran Bill Clinton. Kami difakamkan restoran ini adalahg Restoran menjual makanan B2(Panggang babi) yang amat dikenali dikalangan masyarakat di sini. Pelanggan nya ramai dan popular. Tidak jauh dari sini  terdapat rumah makan B1 (Panggang Anjing). Restoran ini tidak berapa ramai pelanggan semasa kami melalui  kawasan ini. Tidak hairan lah kami lihat di mana-mana sahaja Rumah makan akan dilabelkan dengan Rumah makan sama ada B1 (anjing) atau B2(babi). Was pada bagi yang beragama Islam, di sini tidak aka makanan halal.

Kami juga melewati Pekan Kabanjahe, Pekan ini agak  maju dan perjalanan kami cuma tingga 13 km untuk sampai ke Berastagi. Akhirnya tepat pukul 7.30 malam kami sampai di Berastagi




No comments:

Post a Comment