Wednesday, 19 December 2012

Lawatan ke Kg Amberita, Pulau Somasir , Danau Toba

Hari ini merupakan hari kedua kami berada di Parapat. Jadual lawatan kali ini agar lebih menarik daripada yang semalan. Kami sarapan di hotel. Menu hidangan pagi ini ialah nasi goreng, Bihon goreng, buah-buahan dan juga minuman kopi dan teh. Terpulang kepada kami nak makan apa kerana hidangan adalah secara buffet. Kami sarapan pagi sehingga 8.30 pagi.

Sarapan pagi di Siantar Hotel

Tepat pukul 6.30 pagi kami dibawa  ke Jeti di pinggiran Danau Toba berdekatan  Hotel Siantar. Kami seramai 12 orang menaiki bot yang disewa khas untuk ke Pulau Samosir. Menaiki bot amnat menyeronokan kami. Kami bukan sahaja 12 orang tetapi ditambah 3 orang  lain dari Malaysia yang merupakan pelancong dari agensi yang lain. mereka menumpang dengan kebenaran kami. Tak apalah sebab tempat di boat masih kosong. Kalau dilihat, boat ini boleh memuatkan 25 orang. Perjalanan  kali ini  ialah ke Kg. Amberita di Pulau Samosir. Kami difahamkan Perkampunagn ini adalah didominasi oleh  kaum Batak Toba.


Pinggiran Danau Toba di waktu pagi


Danau Toba


Sepanjang perjalanan, kami mengambil gambar di persekitaran  tasik yang dilalui. Pemandangan nya indah Kemi melalui beberapa hotel mewah. Kami sempat diperdengarkan lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak Batak di boat yang kami naiki. Pelbagai lagu  batak dinyanyikan. Tapi selepas itu kanak-kanak ini meminta habuan daripada kami setelah menghiburkan kami di dalam boat. Perjalanan  ke Kg Amberita Pulau Samosir mengambil masa 50 minit.
Pinta Masuk Kg. Amberita Pulau Samosir



Jeti Perkampungan Amberita
Akhirnya tepat pukul 9.20 pagi selamat mendarat di Jeti Kg Amberita Samoris. Bukan sahaja kami, ada juga pelancong lain  yang datang dengan tujuan yang sama iaitu melawat di perkampungan  Amberita.

Bergambar di Jeti Perkampungan Amberita

1 comment:

  1. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    ReplyDelete