Tuesday 18 December 2012

Makam Malam di Nikmat Restorant, Parapat

Tempat pukuk 7.00 patang (8.00 malam waktu Malaysia) kami berkumpul di lobi hotel. Setelah semua berkumpul, kami bergerak ke bas Pariwisita yang disewa khas. Pak Sidik memberi penerangan tentng persekitaran Parapat. Kami menaiki bas dan menuju ke restauran yang telah dibooking oleh Pak Sidik. Restauran yang dimaksudkan ialah Nikmat Restauran.

Ini adalah salah satu restaurant Halal yang menghidangkan makanan untuk pariwisita yang beragama Islam. Kami tidak berapa pasti bagaimana nak mengenalpasti sama ada restaurant itu halal atau tidak. Yang paling jelas jika restaurant itu menyediakan makanan B1 membawa maksud makanan yang berasaskan daging anjing. Jika restauran itu dilabelkan B2 bermaksud restaurant itu menjual makanan berasaskan daging babi. Restaurant ini adalah  menjadi kegilaan masyarakat Batak terutama Batak Toba.

Oleh kerana perut dah lapar, kami masuk ke restauran ini. Makanan yang digidangkan  banyak masakan Jawa. Misalnya sambal belacan, kari ikan, daging masak kari, pucuk ubi, sambal kacang dan sebagainya. Wah sungguh menyelerakan. Banyak sekali menu yang dihidangkan. Sungguh menyelerakan kami. Apa lagi, kami makanlah sehingga habis. Sambil menikmati pelbagai lauk pauk, kami bercerita pelbagai termasuk cerita yang mengelihatikan. Kami diberi masa sehingga pukul 9.00 malam.

Setelah habis makan, kami menaiki bas semula untuk membeli belas di Pekan Parapat. Pekan Parapat ini tidaklah sebesar mana. Keadaan jalannya yang agak sempit dan semacam tidak disenggara dengan baik. Kokasinya  tidak rata dan menaik dan adakalanya menurun. Kami lihat pelbagai restauran tetapi belum tentu menawarkan masakan  yang halal.

No comments:

Post a Comment