Wednesday, 19 December 2012

Cerita Orang Batak


Perkampungan Amberita Batak Toba


Perapat sebuah bandar yang terletak di pingiran Danau Toba. Jumlah  di sini   lebih kurang 22,000 orang. Orang Batak menguasai  persekitaran di Danau Toba. Bila bercerita  tentang orang Batak, sebenarnya kaum ini dapat dibahagikan kepada
  • Batak Toba
  • Batak Karu
  • Batak Pak Pak
  • Batak Mandaling
  • Batak Simaluhun
sebuah rumah yang menempatkan  kaum wanita Amberita

Di antara batak-batak di atas, batak Toba dikatakan  yang paling agerisif. Ini diikuti batak PakPak dan batak Simaluhun. Batan ini pada dahulunya  adalah fahaman anamisma. Sekarang mereka  beragama Kristian. Sementara Batak  Mandaling adalah 99 peratus  beragama Islam. Batak Karu pula membawa maksud  batak  yang bercampur  Jawa. Ia dianggap lebih fleksible. Ini bermakna  di kalangan keluarga ada yang beragama Kristian  dan ada yang Islam. Ini disebabkan  perkahwinan di kalangan sesama mereka. Jadi batak karo adalah lebih moderate berbanding Batak Toba.

Batak yang tinggal di Pulau Samosir adalah batak Toba. Mereka mengamalkan cara hidup yang diwarisi. Ini diperlihatkan  melalui sosio budaya di mana dalam kehidupan mereka  melalui peraturan-peraturan tertentu. Misalnya anak lelaki  dan wanita akan tinggal di rumah yang berasingan, Rumah-rumahnya pula berbentuk tanduk kerbau.

Dari segi peraturan adat, batak Toba mengamalkan peraturan yang sangat kuat. Misalnya dalam kes jenayah seperti merogol, membunuh pesalah akan dihakimi melalu beberapa peringkat.

Peringkat pertama- pendakwaan terhadap pesalah. Di sini saksi-saksi  yang sahih diperlukan untuk tujuan pendakwaan.
Peringkat kedua; Perbicaraan: Di sini  tertuduh akan di hadapkan dalam semasa  perbicaraan  dengan raja.Pesalah duduk di kerusi batu yang dikhaskan. Begitu juga saksi-saksi yang berwibawa, bomoh-bomoh , penasihat raja dan raja sebagai hakim.

Replika pedang yang digunakan untuk memancong kepala

Sepanjang  hukum belum dijatuhkan, pesalah akan dikurung dalam kurungan khas.
Peringkat ketiga:
Jatuh hukum- Raja akan menjatuhkan hukum . Kesalahan merogol dan membunuh, yang oastinya pesalah akan dipancong kepalanya.

Tempat persidangan membicarakan pesalah

Peringkat keempat- Pelaksanaan hukuman. Pesalah akan di bawa ke tempat hukuman dan diletakkan di atas batu. Kesalahan dibacakan. Ini akan disaksikan oleh masyarahat Aamberita di kampung berkenaan. Pesalahj dipancong kepalanya hingga tertanggal. Kepala akan dipamerkan kepada awam di pinta masuk perkampungan. Hati dan jantung di lapah dan akan dimakan oleh raja dan para bomoh. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kekebalan raja dan saktinya. Sementara bahagian lain seperti kakai, badan akan dicincang sehingga lumat  dan berketul-ketul, Bahagian ini akan dibuang jauh-jauh dariu tempat tinggal. Selama semingg dan lebih tidak sesiapa dibnenarkan ke lokasi dimana ketulan daging di buang.

Tempat pemancongan kepala pesalah

 Gambar di atas menunjukkan pesalah diminta tinduk  ke batu dan selepas itu  kepalanya dipancong. Sebelum dipancung, kepalanya ditutup terlebih dahulu.



Orang Batak makan anjing. Barangkali begini ketika membakar anjing untuk dijadikan habuannya.








No comments:

Post a Comment