Tuesday, 18 December 2012

Perjalanan ke Medan

Ini merupakan catatan lawatan kami ke Medan pada 15 /12/2012 (Sabtu)

Pukul 4.30 pagi kami bertolak dari Taman Sri Indah, Balakomg ke LCCT Kuala Lumpur. Kami menaiki van yang boleh emuatkan 12 orang oenumopang. Check in pukul 5.30 pagi.Kami terpaksa melalui beberapa cabaran iaitu terpaksa menunggu di R32 di mana tempat ini merupakan  tempat timbangan bagasi . Selepas itu kami melalui  pintu T6. Waktu ini adalah waktu puncak dimana semua penumpang berpusu-pusu untuk menaiki pesawat yang telah ditempatnya. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 7.30 pagi.
Di LCCT Kuala Lumpur

Tepatpukul 740 pagi kami dibenarkan menaiki pesawat Air Asia. Kami menggunakan perkhidmatan ini kerana ia dianggap murah dan menawarkan perkhidmatan ke destinasi berkenaan. Kami menaiki pesawat AK1370 menuju ke Medan. Tepat pukul 8.00 pagi waktu Indonesia kami mendarat di Lapangan Terbang Polonia, Medan. (Tahun 2013 kami difahamkan Lapangan terbang yang baru akan digunakan yang jauhnya kira-kira 30 km dari Medan)

Lapangan Terbang Polonia, Medan, Indonesia

Pemeriksaan imigerisin  kami lepas. Kami mecari-cari Pemandu Pelancong yang telah kami tempat melalui internet. Terpampang Nama dipegang oleh Pemandu Pelancong. Belau memperkenalkan Namanya Pak Sidik. Setelah semua melepasi  sekatan kami dibawa ke basu Pariwisaata. Di sinilah mula perjalanan kami mulai hari pertama hinggalah hari keempat.



No comments:

Post a Comment