Tuesday 18 December 2012

Chek In di Siantar Hotel, Parapat

Setelah menempuh perjalanan yang jauh akhirnya kami sampai ke destinasi yang di Tuju. Destinasi yang dimaksudkan ialah bandar Parapat. Mengikut Pak Sidik, sebahagian besar penduduk bandar Parapat di diami oleh orang Batak Toba. Pendidik di sini dianggarkan 22,000 orang  yang sebahagian besar beragama Kristian. Bandar ni dipenuhi oleh parawisita yang berkunjung ke tempat ini. Hotel-hotel kelihatan di sejeliling bandar Parapat, Indonesia.
Pemandangan Hotel Siantar, parapat dari Tasik Toba

Kami telah di tempatkan di Hotel Siantar. Hotel ini menghadap Tasik Toba di mana  mempunyai pemandangan yang menarik kepada para pengunjung. Kami ditempatkan di bilik 101 -106 untuk 12 orang. Satu bilik  untuk dua orang. Bilik-bilik ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti TC, peti ais, almari. Kadar sewa di hotel ini adalah seperti berikut:
  • Bilik Standard : Rp320,000.00
  • Bilik Superior : Rp 450.000.00
  • Bilik Dulux: Rp550,000.00
Sebuah hotel berhadapan Danau Toba

Kami dapat merehatkan diri di bilik ini kira-kira pukul 5.00 patang. Oleh kerana kepenatan, kami dapat melelapkan mata sehingga 7.00 patang. Pertemuan kami di ruang lobi untuk membolehkan kami pergi makan malam. Di hotal ini walaupiun ada disediakan  kemudahan makan, kami tidak memilihnya kerana kurang pasti sama ada makanan yang disediakan halal atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment