Bagi mereka yang berkunjung ke Medan, Pasar Ikan tidak ketinggalan untuk dilawati. Pasar ikan ini menjual barang-barang tekstil. Kami ke Pasar Ikan untuk membeli belah. Di sini kami lihat pelbagai barang berasaskan tekstil dijual. Kami dapati pasar ini bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk para pelancong yang melawat ke Kota Medan.
Barangan seperti batik, pakaian, telekong, songkok dan macam-macam lagi dijual di sini. Apa lagi kami menghabiskan Rp yang masih ada di tangan sebelum kami bertolak ke Kuala Lumpur esoknya.
No comments:
Post a Comment