Hari ketiga bermula. Kami mula sarapan pagi di Restoran Hotel Sinabung. Kami diberi masa dari pukul 7.00 pagi hinga 8.30 pagi. Sarapan kali ini dalam bentuk buffet. Pelbagai jenis makanan disediakan oleh pihak hotel. Kebanyakan daripada kami memakan makanan yang selera dengan orang Malaysia. Nasi goreng, sup, bihon goreng, bubur dan makanan buah0buah seperti tembikai, buah betik dan lain-lain.
|
Sarapan pagi di Hotel Sinabung |
Kami checj out tepat pukul 8.30 pagi. Semua barangan kami dimasukkan ke dalam bas Pariwisata. Seterusnya kami ke Pusat bandar Berastagi. Kami di bawa ke Pasar Buah. Di sini banyak buah-buah yang segar-segar. Ketika ini musim limau. Kami juga difahamkan buah-buah ini adalah dari sekitar Berastagi yang ditanam oleh orang-orang Batak . Jus Makisar asli menjadi kegemaran kebanyakan para pelancong. Kami tidak melepaskan peluang untuk membelinya.
|
Pelbagai buah-buahan yang masih segar |
Sebahagian besar daripada kami membeli buah-buahan segar untuk dinikmati di dalam bas.Berastagi membawa erti minta beras. Lokasinya adalah 1300 meter dari aras laut. Keadaan cuaca di sini dingin. Suasananya seperti di Cameron Highland. Kebanyakan penjual buah adalah daripada orang Batak. Ada juga mereka yang berketurunan Jawa. Kami mengunjungi gerai buah yang penjualnya terdiri dari orang Jawa. Mereka berkomunikasi menggunakan bahasda Jawa dengan kami. Ada di antara kami yang faham. Ini melancarkan lagi proses tawar menawar.
|
Suasana di pasar buah Berastagi |
|
Buah oh buah |
Di luar pasar buah disediakan sayu tarikan pelancong iaitu perkhidmatan menunggang kuda. Bagi merewka yang berminat untuk menunggang kuda, bayaran yang dikenakan antara Rp10,000.00-Rp30,000.00 sahaja. Ada pemiliknya yang akan membawa para pelancong mengelilingi sekitar Pasar Buah atau sekitar Berastagi. Bagi yang berminat untuk menaiki kereta kuda, perkhidmatan ini disediakan di sini. Beberapa kereta kuda yang boleh dinaiki para pelancong. Bayaran untuk kereta kuda agak lebih mahal mengikut jarak yang dilalui.
|
Perkhidmatanmenunggang kuda dipasar buah |
|
Perkhidmatan kereta kuda di pasar buah |
Walaubagaimanapun, persekitaran di pasar buah ini agak kurang menyenangkan dari segi kebersihan. Bagi mereka yang tidak biasa dengan tempat ini sudah tentulah tidak selesa . Kebersihan kurang dititikberatkan oleh penduduk Kota Berastagi
No comments:
Post a Comment