Kami meneruskan perjalanan dari Berastagi kira-kira pukul 10.00 pagi. Perjalanan menaiki bas mengambi masa 2 jam perjalanan. Keadaan perjalanan agak perlahan kerana melalui jalan perkampungan. Di kanan kiri masih lagi perkampungan orang Batak. Tapi dari Berastagi ke Medan, Batak Karu adalah lebih dominan berbanding batak Toba. Sepanjang perjalanan pelbagai pemandangan yang kami nikmati. Kami lihat bagai mana petani mengusahakan kebun sayur, kebun buah. Masih terdapat lagi restoran yang tidak halal khususnya restoran B1(anjing) dan B2 (babi)..
|
Sebuah RM Family di Kota Medan |
Tepat pukul 1.00 tengahari kami sampai di Medan. Kami ke Rumah Makan Family terlebih dahulu. Sebuah restoran yang menyediakan makanan halal di Kota Medan. Rumah makan ini terletak bersebelahan Hotel Sumatra. Makanan di sini adalah berfokuskan nasi padang. Kami masih boleh menyesuaikan cara pemakanan di sini.Perut tengah lapar. Apa lagi kami makanlah ....
|
Makan tengahari di RM Family |
Seterusnya kami menunaikan solat di Masjid Maimun. Masjid ini terletak di tengah-tengah Kota Medan. Seni benanya ada mengamalkan ciri-ciri yang terdapat di negeri Kelantan.Bentuknya agak unit dan menarik. Kami masuk ke masjid berkenaan. Di luar masjid agak kurang menyelesakan bagi pengunjung-pengunjung seperti kami. Ini disebabkan terdapat ramai peminta sedekah. Bukan satu...bukan dua .. tapi lebih ramai dari itu. Jika kita memberi sedekah kepada seorang... maka ramai lagi yang mengejar kita untuk mendapatkan sedekah. Mereka menggunakan kanak-kanak yang masih kecil. Begitu juga perkhidmatan jaga kasut yang tidak rasmi. Mereka mengenakan bayaran sekitar Rp2,000.00. Kami bukan a kedekut tapi terfikir juga setiap muslim yang hendak menunaikan solah terpaksa membayar harga yang ditetapkan. Kami berada di sini kirakira 1 jam bagi membolehkan semua ahli dapat menunaikan solat dengan selesa,
|
Suasana di Kota Medan |
|
Masjid Maimon, Medan |
No comments:
Post a Comment