Wednesday, 19 December 2012

Lapangan Terbang Polonia, Medan

Selepas sarapan pagi, kami check out dari  Soechi Hotel Internationa. Kali ini kemi tidak menaiki bas seperti hari-hari semalam. Pihak Inbound Sumatra menyediakan dua kenderaan van. Satu van yang boleh memuatkan 4 orang sementara sebuah lagi boleh memuatkan 8 orang. Perjalanan dari Hotel Soechi International mengambil masa kira-kira 20 minit.

Lapangan Terbang Polonia, Medan


Tepat pukul 9.30 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Kami difahamkan lapangan terbang sedia ada akan ditutup mulai tahun depan(2013). Lapangan terbang ini akan berpindah ke  lapangan terbang yang baru  yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Medan. Kami check in untuk menaiki pewawat Qz. Kami  membuat timbangan bagasi yang dibawa. Perlu diingat berat beg yang boleh dimasukan di  ruang bagasi  minima 15 kg seorang. Sekiranya lebihm akan dikenakan bayaran lebih mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kami rata-rata telah membuat tempatan melalui internet yang mana berat beg untuk pulang sebanyak 20 kg seorang. Tempahan melalui internet dapat mengurangkan kos tambahan kepada lebihan berat yang ada.

Check In


Kali ini Pak Sidik pemandu Pelancong kami menggunakan khidmat runner unruk membantu kami dalam urusan check in. Alhamdullilah, khidmat yang diberikan  memudahkan kami berurusan dengan pihak  Airport Polomia. Kami menggunakan  khidmat berat untuk keseluruhan dalam kumpulan kami. Ini disebabkan antara kami yang  melebihi berat yang ditempah dan ada yang kurang. Dengan cara ini   kami dapat membantu rakan-rakan yang membawa berat yang lebih.

Pesawat Air Asia
Tepat pukul 11.40 pagi waktu Indonesia kami perlepas ke LCCT Kuala Lumpur menggunakan pesawat Air Asia. Kami sampai di LCCT Kuala Lumpur pukul 2.00 petang.

Pesawat Air Asia

No comments:

Post a Comment