Wednesday, 19 December 2012

Check In di Hotel Sinabung, Berastagi

Sesampainya kemi di Berastagi, kami terus ke Rumah Makan Family. Kami mengambil keputusan tidak akan keluar di sebelam malam. Kami amat penat kerana perjalana yang agak perlahan sejauh 120 km dari Parapat. Jarak seperti ini kalau di Malaysia hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Ini berbeza di sini terpaksa mengambil sehingga 5 jam. Ini disebabkan  jalan yang dilalui kurang elok dan ada kawasan dimana tidak disenggara oleh pihak pemerintah.
Rumah Makan Family

Apa lagi kami masuk ke Rumah makan Family. Rumah Makan Family ini berhadapan dengan Hotel Sibayak, Berastagi.Pelagai juadah disediakan untuk kumpulan kami. Makan masakan nasi Padang disediakan. Keadaan rumah makan di sini amat sederhana. Kebersihan di rumah makan ini kami dapati kurang disenggara. Tidak ada pilihan kerana ini adalah satu-satunya rumah makan halal. Rumah makan ditempat lain memang banyak tetapi untuk memastikan sama ada halal atyau tidak sukar ditentukan. Namun kerana kelapadan, kami makan juga .

Label Rumah Makan

Selepas makan kami terus ke Hotel Sinabung.Hiotel ini bertaraf 4 bintang dan menyediakan kemudahan bilik yang selesa. Kolam renang dan Resturan di sediakan. Kami dapati kebanyakan mereka yang menginap di sini terdiri dari para wisata dan juga orang locaal untuk bermesyuarat dan juga ahli perniagaan.

Hotel Sinabung, Berastagi

Sinabung Hills Berastagi
Hotel
Jalan Kolam Berenang Berastagi
No. Tel: 0628-91400
No. Fax: 0628-91300
http://www/sinabungresort.com

Pembahagian bilik di kalangan kami


Kadar sewa hotel  Sinabung seperti berikut:
  1. Superior Room - Rp 880,000.00
  2. Deluxe Room- Rp 990,000.00
  3. Junior Suite- Rp 1,500,000.00
  4. President Suite- Rp 2,800,000.00
  5. Superior Cottage Rp 1,300,000.00
  6. Deluxe Cottage-Rp1,4000,000.00
  7. Suite Cottage-Rp2,800,000.00 
  8. Extra Bed - Rp 200,000.00

No comments:

Post a Comment