Kami berada di perkampungan Amberita kira-kira sejam. Selepas itu balik semula ke jeti Amberita. Kami menaiki bit dan menuju ke Jeti Kg Tomok. Perjalanan ke kampung Tomok mengambil masa 30 minit. Sepanjang perjalanan melalui Danau Toba, kami melalui kg. Tuktuk pulau Samosir.
 |
Rumah di Kg Tomok |
Sepanjang perjalanan dari Kg. Amberita ke Kg. Tomok, banyak pemandangan yang indah-indah. Misalnya di Kampung Pakpak di bina pelbagai jenis hotel mewah. Tempat ini digemari oleh pelancong dari Eropah dan juga pelancong Holland. Perkampungan Tomok menjanjikan persekitaran yang lebih istimewa berbanding Kampung Amberita. Tepat pukul 11.30 pagi kami sampai di Jeti Perkampungan Tomok. Di hadapan Jeti ada tugu yang menunjukkan pelbagai kamum batak seperti Batak Toba, Batak Mandeling, Batak Karu dan Batak Simaluhun. Ini mengambarkan terdopat perbezaan budaya di kalangan batakbatak.
 |
Makam Raja Batak di Kg Tomok |
Kami terus ke tempat perkuburan raja batak yang dianggap paling agung di kalangan orang Batak. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami terpaksa berjalan sejauh 80oo meter dari Jeti. Di situlah kami naik tangga sebelum sampai ke tempat permakaman. Kami diminta memakai selendeng yang mengikut kepercayaannya raja berkenaan sangat agung. Sampai di atas, kami memberi ucap salam dengan perkataan Huras! Huras! Huras! sebanyak 3 kali. Ini menandakan setiap pengunjung memberi tanda hormat. Kami juga menggunakan jalan sehala di mana masuk iku jalan lain dan keluar ikut jalan lain. Batak mempunyai kepercayaan yang tersendiri yang sangat kuat diamalkan sehingga sekarang.
 |
Membeli belah di Kg Tomok |
Selepas itu kami membeli belah di pusat beli belah di kampng Tomok. Tempat shooping di sini lebih mnoden dan terurus berbanding perkampungan Amberita. Kami diberi masa sejam untuk menamatkan lawatan di Kampung Tomok. Tepat jam 12.30 tengahari kami menaiki semula bot dan menujuk ke Jeti Hotel Siantar, Parapat, Indonesia.
 |
Menaiki bot menuju ke Jeti Siantar Hotel Parapat |
No comments:
Post a Comment