Di sinilah bermulanya kami memulakan perjananan pada hari pertama. Kami menaiki bas Pariwisata yang memuatkan 15 orang penumpang. Kami dibawa menikmati pemandangan di sekitar Kota Medan. Kami berhenti di sebuah pusat membeli belah.Singgah sebentar di sebuah gedung perniagaan sebelum meneruskan perjalanaan ke Parapat.
Kami difahamkan untuk sampai ke Parapat, kami terpaksa menempuh perjalanan darat sejauh 150 km. Pemandu Pelancong menyatakan, perjalanan ini mengambil masa antara 5-6 jam tertakluk kepada keadaan dan cuaca.Tidak seperti di Malaysia, perjalanan sejauh ini hanya mengambil masa antara 21/2-3 jam sahaja.
Kira-kira 3 jam perjalanan, perut kami dah lapar. Kami singgah di sebuah restaurant masakan minang. Restaurant ini dihamakan Rumah Makan Garuda Siantar. Restauran ini menyediakan makan halal. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang mempunyai kesamaan dengan masakan di Malaysia.
Oleh kerana dalam perjalanan ini, pemamdu pelancong menyatakan masjid sukar ditemui, kami menunaikan solat di surau yang disedaiakn oleh pihak restauran ini. Kami berada di rumah makan ini dari jam 1.00-2.00 petang waktu Indonesia.
Kami sempat mengambil foto di sekitar kawasan ini. Bandar yang kami singgah ini dikenali sebagai Siantar, Parapat, Indonesia. Kelihatan bangunan yang terdapat dipersekitaran tidak berapa tinggi. Kami juga difahamkan penduduk di Siantar adalah terdiri dari orang Batak yang beragama Kristian. Orang Batak menguasai 70 peratus penduduk di Siantar.
Perjalanan kami diteruskan menghala ke Parapat. Kami berhenti dan membeli durian. Kami makan durian dengan kos Rp150,000.00 . Durian di sini agak baik dan kami makan sehingga puas. Kebanyakan peniaga di sini mempunyai dari kebun sendiri.
No comments:
Post a Comment