Wednesday, 19 December 2012

Rumah Orang Batak di Kg Amberita




Rumah orang batak di Kg. Amberita mempunyai bentuk yang unik. Rumah ini  menyamai orang-orang di Toraja  Kepulauan Sulawesi. Bentkl seperti tanduk kerbau. Semakin banyak tanduk kerbau, menunjukkan semakin kaya dan beradalah seseorang itu. Macam  Minangkabau tetapi sebenarnya bukan. Di dalam rumah inilah beberapa keluarga tinggal. Mereka makan, masak di tempat yang sama. Kehidupannya seperti sebuah rumah panjang. Di situlah makan dan di situlah mereka tidur.

Kampung Amberita


Penerangan oleh Pak Sidik-  Pemandu Pelancung  kami  mengenai  Kg Amberita. Penerangan ini dibuat di pintu masuk perkampungan  Batak Toba Amberita, Pulau Samoeir, Indonesia. Kehidupan raja satu ketika dahulu dan juga hukuman bakal diterima oleh pesalah. Dipenggal kepalanya dan jantung serta hati dimakan oleh raja serta bomoh untuk memberi kekuatan magic.





Video Kehidupan Sosial di Kg. Amberita





Video ini merupakan penerangan  kehidupan orang Batak Toba di Kg Amberita, Pulau Samosir Danau Toba satu ketika dahulu. Kehidupan merangkumi cara hidup di dalam rumah. Tempat tinggal orang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. Di samping itu peraturan dan adat  Batak di Kg Amberita berkaitan jenayah pembunuhan, merogol dan menjadi mata-mata musuh. Pendakwaan dan penghakiman dijalankan. Raja menjadi hakim; Pelaksanaan hukuman pancong di kalangan pesalah dilaksanakan jika didapati benar do khalayak ramai. Ini bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada semua  masyarakat Batak A,berita supaya tidak melakukan perbuatan yang sama.

Peserta Lawatan Parapat-Berastagi-Medan


Batu Pahat, Johor



Kajang, Selangor


Kulai, Johor



Kulai, Johor



Kulai, Johor



Kajang, Selangor


Kajang, Selangor



Batu Pahat, Johor



Kajang, Selangor



Kajang, Selangor



Kajang, Selangor



Kajang, Selangor










Lapangan Terbang Polonia, Medan

Selepas sarapan pagi, kami check out dari  Soechi Hotel Internationa. Kali ini kemi tidak menaiki bas seperti hari-hari semalam. Pihak Inbound Sumatra menyediakan dua kenderaan van. Satu van yang boleh memuatkan 4 orang sementara sebuah lagi boleh memuatkan 8 orang. Perjalanan dari Hotel Soechi International mengambil masa kira-kira 20 minit.

Lapangan Terbang Polonia, Medan


Tepat pukul 9.30 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Kami difahamkan lapangan terbang sedia ada akan ditutup mulai tahun depan(2013). Lapangan terbang ini akan berpindah ke  lapangan terbang yang baru  yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Medan. Kami check in untuk menaiki pewawat Qz. Kami  membuat timbangan bagasi yang dibawa. Perlu diingat berat beg yang boleh dimasukan di  ruang bagasi  minima 15 kg seorang. Sekiranya lebihm akan dikenakan bayaran lebih mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kami rata-rata telah membuat tempatan melalui internet yang mana berat beg untuk pulang sebanyak 20 kg seorang. Tempahan melalui internet dapat mengurangkan kos tambahan kepada lebihan berat yang ada.

Check In


Kali ini Pak Sidik pemandu Pelancong kami menggunakan khidmat runner unruk membantu kami dalam urusan check in. Alhamdullilah, khidmat yang diberikan  memudahkan kami berurusan dengan pihak  Airport Polomia. Kami menggunakan  khidmat berat untuk keseluruhan dalam kumpulan kami. Ini disebabkan antara kami yang  melebihi berat yang ditempah dan ada yang kurang. Dengan cara ini   kami dapat membantu rakan-rakan yang membawa berat yang lebih.

Pesawat Air Asia
Tepat pukul 11.40 pagi waktu Indonesia kami perlepas ke LCCT Kuala Lumpur menggunakan pesawat Air Asia. Kami sampai di LCCT Kuala Lumpur pukul 2.00 petang.

Pesawat Air Asia

Sarapan Pagi di Hotel

Kami bersarapan pagi di Hotel Soechi International. Hidangan secara buffet di mana pelbagai makan disediakan. Menu pagi ini  hampir sama seperti menu yang disediakan oleh Hotel di Malaysia. Hotel yang kami duduk ini adalah bertaraf 4 bintang. Menikmati makanan di sini adalah satu kemestian

Hotel Soechi International, Medan

Pasar Ikan

Bagi mereka yang berkunjung ke Medan, Pasar Ikan tidak ketinggalan untuk dilawati. Pasar ikan ini menjual barang-barang tekstil. Kami ke Pasar Ikan untuk membeli belah. Di sini kami lihat pelbagai barang berasaskan tekstil dijual. Kami dapati pasar ini  bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga  untuk para pelancong yang melawat ke Kota Medan.

Barangan seperti batik, pakaian, telekong, songkok dan macam-macam lagi dijual di sini. Apa lagi kami menghabiskan Rp yang masih ada di tangan sebelum kami bertolak ke Kuala Lumpur esoknya.


Istana Maimon Medan

Selepas solat, kami dibawa menaiki bas ke Istana Maimon.  Istana ini adalah satu-satu yang pasti dilawati oleh  pelancong yang datang ke Kota Medahn. Ia merupakan  tempat peningalan sejaraj bagi pemerintahan beraja di Kota Medan.

Istana Maimon

Pemandangan luar di Istana Maimon

Bergambar di perkarangan Istana Maimon


Di dalam Istana Maimon







Masjid Maimon Medan

Kami meneruskan perjalanan dari Berastagi kira-kira pukul 10.00 pagi. Perjalanan menaiki bas mengambi masa  2 jam perjalanan. Keadaan perjalanan agak perlahan kerana melalui jalan perkampungan. Di kanan kiri masih lagi perkampungan orang Batak. Tapi dari Berastagi ke Medan, Batak Karu adalah lebih dominan berbanding batak Toba. Sepanjang perjalanan pelbagai pemandangan yang kami nikmati. Kami lihat bagai mana petani mengusahakan kebun sayur, kebun buah. Masih terdapat lagi  restoran yang tidak halal khususnya  restoran B1(anjing) dan B2 (babi)..

Sebuah RM Family  di Kota Medan

Tepat pukul 1.00 tengahari kami sampai di Medan. Kami ke Rumah Makan Family terlebih dahulu. Sebuah restoran yang menyediakan makanan halal di Kota Medan. Rumah makan ini terletak bersebelahan Hotel Sumatra. Makanan di sini  adalah berfokuskan nasi padang. Kami masih boleh menyesuaikan  cara pemakanan di sini.Perut tengah lapar. Apa lagi kami makanlah ....

Makan tengahari di RM Family

Seterusnya kami  menunaikan solat  di Masjid Maimun. Masjid ini  terletak di tengah-tengah Kota Medan. Seni benanya ada mengamalkan ciri-ciri yang terdapat di negeri Kelantan.Bentuknya agak unit dan menarik. Kami masuk ke masjid berkenaan. Di luar masjid agak kurang menyelesakan bagi pengunjung-pengunjung seperti kami. Ini disebabkan terdapat ramai peminta sedekah. Bukan satu...bukan dua .. tapi lebih ramai dari itu. Jika kita memberi sedekah kepada seorang... maka ramai lagi yang mengejar  kita untuk mendapatkan sedekah. Mereka menggunakan kanak-kanak yang masih kecil. Begitu juga perkhidmatan  jaga kasut yang tidak rasmi. Mereka mengenakan bayaran sekitar Rp2,000.00. Kami bukan a kedekut tapi terfikir juga setiap muslim yang hendak menunaikan solah terpaksa membayar harga yang ditetapkan. Kami berada di sini kirakira 1 jam bagi membolehkan semua ahli dapat menunaikan solat dengan selesa,

Suasana di Kota Medan

Masjid Maimon, Medan




Pasar Buah di Berastagi

Hari ketiga bermula. Kami mula sarapan pagi di  Restoran  Hotel Sinabung. Kami diberi masa dari pukul 7.00 pagi hinga 8.30 pagi. Sarapan kali ini dalam bentuk buffet. Pelbagai jenis  makanan disediakan oleh pihak hotel. Kebanyakan daripada kami  memakan makanan yang selera dengan orang Malaysia. Nasi goreng, sup, bihon goreng, bubur dan makanan buah0buah seperti tembikai, buah betik dan lain-lain.


Sarapan pagi di Hotel Sinabung
Kami checj out tepat pukul 8.30 pagi. Semua barangan kami dimasukkan ke dalam bas  Pariwisata. Seterusnya kami ke Pusat  bandar Berastagi. Kami di bawa ke  Pasar Buah. Di sini banyak buah-buah yang segar-segar. Ketika ini musim limau. Kami juga difahamkan  buah-buah ini adalah dari sekitar Berastagi yang ditanam oleh orang-orang Batak . Jus Makisar asli menjadi kegemaran kebanyakan para pelancong. Kami tidak melepaskan peluang untuk membelinya.
Pelbagai buah-buahan yang masih segar

Sebahagian besar daripada kami membeli buah-buahan segar untuk dinikmati di dalam bas.Berastagi membawa erti minta beras. Lokasinya adalah 1300 meter dari aras laut. Keadaan cuaca di sini dingin. Suasananya seperti di Cameron Highland. Kebanyakan penjual buah adalah daripada orang Batak. Ada juga mereka yang berketurunan Jawa. Kami mengunjungi gerai buah yang penjualnya terdiri dari orang Jawa. Mereka berkomunikasi  menggunakan  bahasda Jawa dengan kami. Ada di antara kami yang faham. Ini melancarkan lagi proses tawar menawar.
Suasana di pasar buah Berastagi

Buah oh buah
Di luar pasar buah disediakan sayu tarikan pelancong  iaitu perkhidmatan menunggang kuda. Bagi merewka yang berminat untuk menunggang kuda, bayaran yang dikenakan antara Rp10,000.00-Rp30,000.00 sahaja. Ada pemiliknya yang akan membawa para pelancong mengelilingi sekitar Pasar Buah atau sekitar Berastagi. Bagi yang berminat untuk menaiki kereta kuda, perkhidmatan ini disediakan di sini. Beberapa kereta kuda yang boleh dinaiki para pelancong. Bayaran untuk kereta kuda  agak lebih mahal mengikut jarak yang dilalui.

Perkhidmatanmenunggang kuda dipasar buah

Perkhidmatan kereta kuda di pasar buah
Walaubagaimanapun, persekitaran di pasar buah ini agak kurang menyenangkan dari segi kebersihan. Bagi mereka yang tidak biasa dengan tempat ini sudah tentulah tidak selesa . Kebersihan kurang dititikberatkan oleh penduduk  Kota Berastagi



Check In di Hotel Sinabung, Berastagi

Sesampainya kemi di Berastagi, kami terus ke Rumah Makan Family. Kami mengambil keputusan tidak akan keluar di sebelam malam. Kami amat penat kerana perjalana yang agak perlahan sejauh 120 km dari Parapat. Jarak seperti ini kalau di Malaysia hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Ini berbeza di sini terpaksa mengambil sehingga 5 jam. Ini disebabkan  jalan yang dilalui kurang elok dan ada kawasan dimana tidak disenggara oleh pihak pemerintah.
Rumah Makan Family

Apa lagi kami masuk ke Rumah makan Family. Rumah Makan Family ini berhadapan dengan Hotel Sibayak, Berastagi.Pelagai juadah disediakan untuk kumpulan kami. Makan masakan nasi Padang disediakan. Keadaan rumah makan di sini amat sederhana. Kebersihan di rumah makan ini kami dapati kurang disenggara. Tidak ada pilihan kerana ini adalah satu-satunya rumah makan halal. Rumah makan ditempat lain memang banyak tetapi untuk memastikan sama ada halal atyau tidak sukar ditentukan. Namun kerana kelapadan, kami makan juga .

Label Rumah Makan

Selepas makan kami terus ke Hotel Sinabung.Hiotel ini bertaraf 4 bintang dan menyediakan kemudahan bilik yang selesa. Kolam renang dan Resturan di sediakan. Kami dapati kebanyakan mereka yang menginap di sini terdiri dari para wisata dan juga orang locaal untuk bermesyuarat dan juga ahli perniagaan.

Hotel Sinabung, Berastagi

Sinabung Hills Berastagi
Hotel
Jalan Kolam Berenang Berastagi
No. Tel: 0628-91400
No. Fax: 0628-91300
http://www/sinabungresort.com

Pembahagian bilik di kalangan kami


Kadar sewa hotel  Sinabung seperti berikut:
  1. Superior Room - Rp 880,000.00
  2. Deluxe Room- Rp 990,000.00
  3. Junior Suite- Rp 1,500,000.00
  4. President Suite- Rp 2,800,000.00
  5. Superior Cottage Rp 1,300,000.00
  6. Deluxe Cottage-Rp1,4000,000.00
  7. Suite Cottage-Rp2,800,000.00 
  8. Extra Bed - Rp 200,000.00

Perjalanan ke Berastagi

Kami makan tengahari di rumah makan Murni Islam di Parapat. Hidangan di sini adalah berbentuk Restoran Nasi Padang. Pelbagai lauk pauk disediakan bagi kumpulan kami seramai 12 orang. Kami berada di sini lebih kurang 40 minit. Oleh kerana waktu zohor telah tiba, kami menunaikan solat  jamak di Masjid Taqwa Parapat sayu-satunya masjid yang terdapat di Parapat. Kami dapati ramai pelancong yang  bersolat di sinio.

Perjalanan kami diteruskan menaiki bas Pariwisata ke Berastagi. Kami difahamkan Berastagi adalah mempunyai ketinggian 1300 meter dari aras lait. Perjalanan kami   melalui pelbagai kampung Kami singgah sebentar di Simarjarujung Restoran . Kami sampai di sini tepat pukul 3.00 petang. Kami minum kopi dan menikmati goreng pisang. Untuk makan seramai 12 orang, kos yang kami kena bayar sebanyak Rp193,000.00. Di luar restoran ini disediakan tempat untuk berniaga seperti menjual durian dan barangan cendermata.

Label pengenalan Simarjarujung
Kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun si PISU PISU. Perkampungan orang batak terdapat di kiri kanan sepanjang perjalanan. Keadaan perkaumah yang didiami oleh  kaum Batak ini.  Apa yang menarik  tanah perkuburan keluarga  adalah di tanah masing-masing. Jangan pelik, jika  anda  lihat rumah kubur lebih cantik , menarik berbanding dengan rumah yang didiami oleh  kaum Batak ini. Semakin besar rumah kubur ini menadakan kaum keluarga  amat menghormati  si mati. Sepanjang perjalanan ada sahaja rumah perkuburan di merata tempat mengikut tanah kepunyaan masing-masing

Barangan cenderahati

Perjalanan diteruskan. Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Kami sampai di Air Terjun Si Pisu-Pisu pukul 5.30 petang. Keadaan cuaca di sini agak gelap dan hujan mulai turun. Walaubagaimana pun kami tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan di persekitaran Air Terjun Si Pisu-Pisu. Tempat ini adalah menjadi tumpuan para wisata sama ada local atau dari luar negara seperti Malaysia, Holand dan Eropah. Air Terjun Si Pisu-Pisu terletak di kaki gunung Si Pisu-Pisu.

Gunung Si Pisu-Pisu

Kami difahamkan air terjun ini keadaannya adalah sama sahaja sama ada waktu kemarau atau pun waktu hujan. Kelihatan amat menarik.

Air Terjun SiPisu-Pisu


Mengambil gambar  di kawasan Air Terjun Si Pisu-Pisu


Bergambar berlatarbelakanr kawasan Si Pisu-Pisu

Kami berada di sini selama 40 minit. Sempat kami merehatkan diri walaupun keadaan cuaca  ketika ini hujan renyairenyai. Walaupin hujan, kami tetap puas hati menikmati udara di sini. ketinggian di kawasan ini lebih kurang 1,200 meter dari aras laut.

Pemandangan indah di  Persekitaran Si Pisu-Pisu

Perjalanan kami diteruskan lagi. Untuk sampai ke Berastagi, kami perlu melalui perkampungan  iaitu Pekan Spg Mereek. Dari sini lebioh kurang 1 1/2 jam lagi untuk sampai ke Berastagi. Seterusnya kami melalui Pekan Tiga Panah. Pekan oini didominasi suku kaum Batak yang beragama Kristian. Batak Toba masih menguasai perkampungan ini

Di pekan Tiga Panah inilah kami dikejutkan Restoran Bill Clinton. Kami difakamkan restoran ini adalahg Restoran menjual makanan B2(Panggang babi) yang amat dikenali dikalangan masyarakat di sini. Pelanggan nya ramai dan popular. Tidak jauh dari sini  terdapat rumah makan B1 (Panggang Anjing). Restoran ini tidak berapa ramai pelanggan semasa kami melalui  kawasan ini. Tidak hairan lah kami lihat di mana-mana sahaja Rumah makan akan dilabelkan dengan Rumah makan sama ada B1 (anjing) atau B2(babi). Was pada bagi yang beragama Islam, di sini tidak aka makanan halal.

Kami juga melewati Pekan Kabanjahe, Pekan ini agak  maju dan perjalanan kami cuma tingga 13 km untuk sampai ke Berastagi. Akhirnya tepat pukul 7.30 malam kami sampai di Berastagi




Kampung Tomok, Pulau Samosir, Danau Toba

Kami berada di perkampungan Amberita kira-kira sejam. Selepas itu balik semula ke jeti Amberita. Kami menaiki bit  dan menuju ke Jeti Kg Tomok. Perjalanan ke kampung Tomok mengambil masa 30 minit. Sepanjang perjalanan melalui Danau Toba, kami melalui kg. Tuktuk pulau Samosir.
Rumah di Kg Tomok
 Sepanjang perjalanan dari Kg. Amberita ke Kg. Tomok, banyak pemandangan yang indah-indah. Misalnya di Kampung Pakpak di bina pelbagai jenis hotel mewah. Tempat ini digemari oleh pelancong dari Eropah dan juga pelancong Holland. Perkampungan Tomok menjanjikan  persekitaran yang lebih istimewa berbanding  Kampung Amberita. Tepat pukul 11.30 pagi kami sampai di Jeti Perkampungan Tomok.  Di hadapan Jeti ada tugu yang menunjukkan pelbagai kamum batak seperti Batak Toba, Batak Mandeling, Batak Karu dan Batak Simaluhun. Ini mengambarkan  terdopat perbezaan budaya di kalangan batakbatak.
Makam Raja Batak di Kg Tomok

Kami terus ke tempat perkuburan raja batak yang dianggap paling agung di kalangan orang Batak. Untuk sampai ke  tempat tersebut, kami terpaksa berjalan sejauh 80oo meter dari Jeti. Di situlah kami naik tangga sebelum sampai ke tempat permakaman. Kami diminta memakai selendeng yang mengikut kepercayaannya raja berkenaan sangat agung. Sampai di atas, kami memberi ucap salam dengan perkataan Huras! Huras! Huras! sebanyak 3 kali. Ini menandakan setiap pengunjung  memberi tanda hormat. Kami juga  menggunakan jalan sehala di mana masuk iku jalan lain dan keluar ikut jalan lain. Batak mempunyai kepercayaan  yang tersendiri yang sangat kuat diamalkan sehingga sekarang.
Membeli belah di Kg Tomok
Selepas itu kami membeli belah di pusat beli belah  di kampng Tomok. Tempat  shooping di sini lebih mnoden dan terurus berbanding perkampungan Amberita. Kami diberi masa sejam untuk menamatkan  lawatan di Kampung Tomok. Tepat jam 12.30 tengahari kami menaiki semula bot dan menujuk ke Jeti Hotel Siantar, Parapat, Indonesia.

Menaiki bot menuju ke Jeti Siantar Hotel Parapat

Cerita Orang Batak


Perkampungan Amberita Batak Toba


Perapat sebuah bandar yang terletak di pingiran Danau Toba. Jumlah  di sini   lebih kurang 22,000 orang. Orang Batak menguasai  persekitaran di Danau Toba. Bila bercerita  tentang orang Batak, sebenarnya kaum ini dapat dibahagikan kepada
  • Batak Toba
  • Batak Karu
  • Batak Pak Pak
  • Batak Mandaling
  • Batak Simaluhun
sebuah rumah yang menempatkan  kaum wanita Amberita

Di antara batak-batak di atas, batak Toba dikatakan  yang paling agerisif. Ini diikuti batak PakPak dan batak Simaluhun. Batan ini pada dahulunya  adalah fahaman anamisma. Sekarang mereka  beragama Kristian. Sementara Batak  Mandaling adalah 99 peratus  beragama Islam. Batak Karu pula membawa maksud  batak  yang bercampur  Jawa. Ia dianggap lebih fleksible. Ini bermakna  di kalangan keluarga ada yang beragama Kristian  dan ada yang Islam. Ini disebabkan  perkahwinan di kalangan sesama mereka. Jadi batak karo adalah lebih moderate berbanding Batak Toba.

Batak yang tinggal di Pulau Samosir adalah batak Toba. Mereka mengamalkan cara hidup yang diwarisi. Ini diperlihatkan  melalui sosio budaya di mana dalam kehidupan mereka  melalui peraturan-peraturan tertentu. Misalnya anak lelaki  dan wanita akan tinggal di rumah yang berasingan, Rumah-rumahnya pula berbentuk tanduk kerbau.

Dari segi peraturan adat, batak Toba mengamalkan peraturan yang sangat kuat. Misalnya dalam kes jenayah seperti merogol, membunuh pesalah akan dihakimi melalu beberapa peringkat.

Peringkat pertama- pendakwaan terhadap pesalah. Di sini saksi-saksi  yang sahih diperlukan untuk tujuan pendakwaan.
Peringkat kedua; Perbicaraan: Di sini  tertuduh akan di hadapkan dalam semasa  perbicaraan  dengan raja.Pesalah duduk di kerusi batu yang dikhaskan. Begitu juga saksi-saksi yang berwibawa, bomoh-bomoh , penasihat raja dan raja sebagai hakim.

Replika pedang yang digunakan untuk memancong kepala

Sepanjang  hukum belum dijatuhkan, pesalah akan dikurung dalam kurungan khas.
Peringkat ketiga:
Jatuh hukum- Raja akan menjatuhkan hukum . Kesalahan merogol dan membunuh, yang oastinya pesalah akan dipancong kepalanya.

Tempat persidangan membicarakan pesalah

Peringkat keempat- Pelaksanaan hukuman. Pesalah akan di bawa ke tempat hukuman dan diletakkan di atas batu. Kesalahan dibacakan. Ini akan disaksikan oleh masyarahat Aamberita di kampung berkenaan. Pesalahj dipancong kepalanya hingga tertanggal. Kepala akan dipamerkan kepada awam di pinta masuk perkampungan. Hati dan jantung di lapah dan akan dimakan oleh raja dan para bomoh. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kekebalan raja dan saktinya. Sementara bahagian lain seperti kakai, badan akan dicincang sehingga lumat  dan berketul-ketul, Bahagian ini akan dibuang jauh-jauh dariu tempat tinggal. Selama semingg dan lebih tidak sesiapa dibnenarkan ke lokasi dimana ketulan daging di buang.

Tempat pemancongan kepala pesalah

 Gambar di atas menunjukkan pesalah diminta tinduk  ke batu dan selepas itu  kepalanya dipancong. Sebelum dipancung, kepalanya ditutup terlebih dahulu.



Orang Batak makan anjing. Barangkali begini ketika membakar anjing untuk dijadikan habuannya.